Membawang Hari Ini

Hip Global: Glee beri penghargaan kepada Cory Monteith

Cory Monteith

Walaupun pergi dalam keadaan memilukan, ‘keluarga’ Glee tidak mungkin melupakan mendiang Cory Monteith apabila mendedikasikan satu episod khusus buatnya.

Menerusi edisi penghargaan itu, teman wanita watak Finn Hudson yang juga kekasihnya di alam realiti, Lea Michele, mempersembahkan Make You Feel My Love.

Episod penuh emosi yang diberikan judul The Quarterback itu disiarkan di Amerika Syarikat pada 10 Oktober lalu.

Episod khas

memperingati Monteith Bagaimanapun, tidak dipaparkan dengan jelas bagaimana Finn mati, sebaliknya ia menumpukan babak rakan lain mengucapkan selamat jalan dengan menyampaikan dendangan yang mengingatkan mereka kepadanya.

Monteith menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 31 tahun pada 13 Julai lalu, dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada pengambilan dadah berlebihan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");