Membawang Hari Ini

Hip Global: Mike Tyson bimbang dengan Chris Brown

mike tyson dan chris brown

Bekas jaguh tinju dunia, Mike Tyson, mengaku dirinya peminat penyanyi berusia 24 tahun, Chris Brown. Bagaimanapun dia bimbang dengan sikap baran artis muda berkenaan.

Baru-baru ini Brown sekali lagi ditahan, kali ini akibat menyerang seorang lelaki.

“Saya memang suka dan meminati lelaki kecil itu. Namun Chris kena faham, kalau dia asyik melakukan kesilapan sama, lama-lama orang ramai akan meletakkan kesalahan ke atas dirinya juga.

“Saya cuma bimbang keadaan dirinya, apatah lagi dia anak muda yang baik. Mungkin dia berdepan tekanan yang amat sangat. Begitupun, jika dia terus memberontak, serang sana, serang sini, pihak berkuasa akan menempatkannya di suatu tempat, di mana menyerang orang lain sudah menjadi perkara biasa,” kata Tyson merujuk kepada penjara.

Ahli sukan berusia 47 tahun itu sendiri pernah beberapa kali berdepan situasi serupa, iaitu sering dikuasai sifat baran, terutama pada zaman mudanya. Antaranya, dia pernah menggigit telinga lawannya, Evander Holyfield, sewaktu perlawanan tinju berlangsung.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu sikap Tyson sudah berubah, dan dia mencadangkan penyanyi terkenal itu juga melakukan perkara sama.

Bekas kekasih Rihanna itu dibebaskan tanpa jaminan daripada sebuah balai polis di Washington, DC, Isnin lalu. Dia ditahan kerana didakwa melakukan serangan ke atas seorang lelaki dalam pergaduhan yang berlaku lewat malam di luar Hotel W.

Keesokannya, penyanyi ini dilaporkan mendaftarkan diri di sebuah pusat pemulihan, bagi membolehkannya mengawal perasaan amarahnya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");