Membawang Hari Ini

Ida puas karya diiktiraf

ida nerina

Ikal Mayang mampu melangkah lebih jauh

Ketika Ikal Mayang: Telling Women Stories menerima reaksi positif pada Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) 2013, baru-baru ini, terpalit rasa bangga di hati Ida Nerina apabila kerja keras merealisasikan projek itu diberi pujian di peringkat antarabangsa.

Menduduki kerusi pengarah kreatif, bintang Layar Lara dan Mimpi Moon itu menaruh harapan tinggi untuk melihat projek yang dijayakan bersama 14 pengarah wanita lain itu akan mengembara di festival filem antarabangsa.

“Saya bersyukur kerana projek ini mendapat sokongan padu semua pengarah yang terbabit. Meskipun ada di antara mereka kurang yakin pada permulaan, namun galakan yang diberikan membuatkan mereka teruja untuk melihat Ikal Mayang direalisasikan.

Dicetuskan untuk memperkasa suara wanita sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013, Ida yakin Ikal Mayang mampu melangkau jauh dari itu dan ia terbukti apabila menerima pelawaan menyertai BIFF 2013.

“Saya seperti antara percaya dan tidak ketika menerima jemputan untuk menyertai BIFF 2013 pada April lalu.

Malah ketika pengesahan diberikan, saya berasa seperti sedang bermimpi. Melihat sambutan positif yang diberikan, saya dapat merasakan ia permulaan yang baik kepada Ikal Mayang untuk lebih diterima di negara asing.

BIFF 2013 pentas terbaik
“Penerimaan penonton luar adalah kejayaan besar untuk semua yang terbabit dalam projek ini,” katanya. sambil menyifatkan BIFF 2013 sebagai pentas terbaik untuk menyalurkan pemahaman kepada orang luar mengenai situasi yang dilalui pengkarya dari negara Islam.

Penghormatan yang diberikan terhadap Ikal Mayang itu katanya, membuktikan karya pengarah wanita tempatan mampu membuka mata penggiat filem antarabangsa.

“Saya menolak apabila isu gender dibangkitkan kerana sebagai penggiat industri, tidak kira lelaki atau wanita, setiap kita mempunyai peranan masing-masing.

“Ikal Mayang memberikan persepsi baru terhadap karya tempatan. Sebahagian yang menonton cuba mendapatkan penjelasan bagaimana kami yang berdepan kekangan terutama dalam hal penapisan filem mampu menghasilkan karya seperti itu. Dari satu sudut, saya berbangga kerana kami berani menyahut cabaran itu dan merealisasikannya dengan begitu berkesan.

“Kepercayaan yang diberikan ini memberi kami semangat untuk tampil dengan karya lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Kerjaya di balik tabir beri kepuasan

Bermula di depan kamera sebagai pelakon, seterusnya berjinak-jinak dengan pengarahan teater, Ida mengakui, kerjaya di balik tabir memberikan kepuasan sebenar kepada dirinya.

“Saya bersyukur kerana projek ini mendapat sokongan padu semua pengarah yang terbabit. Meskipun ada di antara mereka kurang yakin pada permulaan, namun galakan yang diberikan membuatkan mereka teruja untuk melihat Ikal Mayang direalisasikan.

“Siapa yang tidak fikir mengenai pulangan? Namun apabila projek ini mendapat tempat di BIFF 2013, ia lebih bermakna kerana kami sudah berjaya dari segi semangat dan motivasi,” katanya yang mempertaruhkan garapannya, She dalam festival itu.

Ikal Mayang adalah antara 54 filem dari 16 negara yang terpilih mengisi slot A Window on Asian Cinema pada festival yang berlangsung dari 3 hingga 12 Oktober lalu. Daripada 15 judul, hanya enam yang dipilih iaitu Jerat Suami arahan Dira Abu Zahar, 1-800-Baby (Datin Sofia Jane Hisham), Pantang (Vanidah Imran), Odah (Junaidah M Noor), Berat Sebelah (Melissa Saila) dan She arahan Ida sendiri.

Buka mata masyarakat

“Selain ingin tahu mengenai karya yang membariskan pengarah wanita, mereka juga ingin menilai bagaimana Ikal Mayang mewakili suara masyarakat dari negara Islam. Kebanyakan mereka ingin sekali mengetahui kekangan yang dilalui malah tidak menyangka, pengkarya tempatan berupaya mengetengahkan subjek yang membuka mata seperti Berat Sebelah,” katanya.

Disogok pertanyaan, apakah penerimaan Ikal Mayang di pentas antarabangsa seperti BIFF 2013 menterjemahkan era kebangkitan pengarah wanita, Ida Nerina berkata, ia menjadi titik tolak untuk mereka terus melangkah.

“Kejayaan Ikal Mayang memberi lebih kepercayaan kepada diri, namun kami juga memerlukan sokongan padu pelbagai pihak.

“Kami masih mencari dana untuk merealisasikan projek Ikal Mayang pada tahun depan, malah berharap kejayaan projek pertama ini membuka ruang lebih besar pada masa akan datang.

“Penyertaan dalam BIFF 2013 membantu kami membina jaringan yang lebih kuat. Kami berharap Ikal Mayang akan mengembara ke pelbagai festival filem, selain menjanjikan pengisian lebih mantap pada projek kedua nanti,” katanya.

INFO
Penonton tempatan berpeluang menyaksikan enam filem pendek terpilih apabila bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November ini. Enam karya yang bakal ditayangkan itu adalah 1-800-Baby, Pantang, Jerat Suami, Odah selain Nawar karya Aida Fitri Buyung dan Inspektor Mastura (Elaine Daly).

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");