Berita Hari Ini

Indocafe perkenal produk baru

INDOCAFE

Jenama kopi Indocafe mengeluarkan produk kopi terbaru, Indocafe Caffe Latte yang direka khas bagi pengguna dengan gaya hidup sibuk tetapi masih mementingkan rasa kopi sebenar.

Escay Chong, Pengurus Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Regal Marketing and Trading Sdn Bhd, iaitu pengedar Indocafe di Malaysia berkata, kesibukan gaya hidup, terutama bagi penduduk di bandar, menyebabkan banyak penggemar kopi mengubah selera kepada kopi yang lebih pekat.

“Namun, halangan utama kebanyakan orang adalah untuk pergi ke kafeteria dan beratur hanya untuk menikmati secawan kopi.

“Dengan Indocafe Caffe Latte, mereka boleh membancuh kopi latte sendiri,” katanya mengenai kopi terbaru keluaran PT Sari Incofood di Indonesia itu.

Beliau mengakui ramai orang mempunyai persepsi mengenai produk kopi segera yang dianggap kurang aroma dan rasa kopi sebenar.

“Tidak seperti kopi segera lain, kopi Indocafe dipanggang, diproses dan dibungkus di satu tempat yang sama untuk memastikan kesegarannya, jadi rasanya memang sama seperti kopi yang baru dibancuh,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");