Sukan Hari Ini

Indonesia hantui semula elit kita

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-

SIRI Super 3 Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu hujung bulan ini menyaksikan tuan rumah Malaysia di undi satu kumpulan bersama pasukan Indonesia yang dilihat mampu memberikan sedikit masalah untuk tuan rumah menjuarai Kumpulan A kategori lelaki.

Undian di Singapura, semalam, menempatkan anak buah Jamaluddin Hassan yang pernah disekat Indonesia 2-0 dalam separuh akhir Piala Raja Thai, bulan lalu, bersama dua lagi pesaing iaitu Iran dan India dalam kumpulan A.

Tanpa juara siri 1, Korea Selatan di Kota Kinabalu, Thailand hampir pasti menjuarai Kumpulan B apabila cuma akan ditentang Jepun, Singapura, Brunei dan Jerman. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir, dan kedudukan terbaik Malaysia bagi mengelak bertembung Thailand lebih awal pada peringkat kalah dengan muncul juara kumpulan.

Undian kategori wanita kurang menyebelahi Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A dengan naib juara di Bangkok, Korea Selatan dan Vietnam yang dua kali menyekatnya pada penentuan tempat ketiga lalu.

Juara dua siri lalu, Thailand dijangka menjuarai Kumpulan B apabila cuma ditentang Indonesia dan Jepun dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan, mara ke separuh akhir.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");