Jenayah

IPD Taiping masih siasat insiden

metro

Ipoh: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping masih menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang dilaporkan terlepas tembakan sehingga mencederakan seorang kanak-kanak di Kampung Belanja Kiri, Parit, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata siasatan dalaman terhadap anggota berpangkat sarjan itu masih dijalankan, manakala siasatan berkaitan aspek jenayah dibuat IPD Perak Tengah.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap anggota itu jika kejadian disebabkan kecuaian.
Tindakan tegas akan diambil terhadap anggota itu jika kejadian disebabkan kecuaian” Yusof Mohd Diah, Ketua Polis Daerah Taiping

“Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan jika ada kes,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) pemilikan senjata api berikutan anggota itu dilaporkan sedang bercuti Aidiladha di rumah mentua ketika kejadian.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek yang dikatakan sedang mengosongkan pistolnya di tangga depan rumah mentuanya tertekan picu mengakibatkan peluru terkena Mohd Amar Mohd Azizi yang berada kira-kira 40 meter dari situ.

Difahamkan, anggota polis itu yang ditahan, Isnin lalu, sudah dibebaskan sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");