Berita Hari Ini

iProperty anjur ekspo hartanah Bumiputera pertama

IPROPERTY

LAMAN web hartanah popular negara iProperty.com Malaysia (iProperty) akan menganjurkan pameran hartanah Bumiputera, iaitu yang pertama dianjurkan laman itu.

Pameran Ekspo Hartanah Bumiputera yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 20 Oktober 2013 itu dijangka menjadi platform ideal untuk pembeli dan pelabur Bumiputera untuk mencari hartanah yang diingini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iProperty Shaun Di Gregorio berkata, ekspo itu akan mempamerkan hartanah daripada pelbagai pemaju yang ingin menjual lot Bumiputera mereka kepada pembeli berpotensi, termasuk perumahan dan komersial.

“Ekspo ini dijangka menarik ribuan pengunjung jadi bagi mereka yang ingin membeli lot hartanah yang telah diperuntukkan untuk Bumiputera, pameran ini adalah tempat yang terbaik untuk mencarinya.

“Pembeli dan pelabur juga boleh mendapat tawaran terbaik dengan lebih 20 pemaju besar akan pamerkan projek mereka di ekspo ini,” katanya.

Pemaju terkenal seperti UEM Sunrise Bhd, Tropicana Corporation Bhd, I-City Properties Sdn Bhd, IJM Land, Land & General Bhd, Kumpulan LBS Bina Bhd, MK Land Bhd, Kumpulan Mah Sing Bhd dan Syarikat Perumahan Negara Bhd akan menyertai ekspo itu.

Pameran itu diadakan di Upper Atrium, Level UG & Concourse Centre, Paradigm Mall dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Selain pameran hartanah, ekspo itu juga menawarkan tip untuk membuat keputusan pembelian hartanah bijak melalui perkongsian dengan personaliti terkenal dalam industri itu seperti Ahyat Ishak, Faizul Ridzuan, Saufi Karim dan Rohaniah Noor.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");