Isu Panas

Isytihar hari cuti umum

PRK

YAN – Pas Kedah mahu Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan 4 November ini sebagai cuti umum.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara ini penting bagi membolehkan pengundi Dun Sungai Limau balik mengundi.

“Saya harap Mukhriz boleh segera buat keputusan melalui mesyuarat exco nanti supaya dapat mengisytiharkan cuti umum pada hari pengundian PRK Dun Sungai Limau.

“Saya juga mengharapkan sebaiknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui kerajaan pusat dapat mengisytiharkan 4 November ini sebagai hari cuti umum bagi membolehkan masyarakat di luar negeri Kedah juga balik mengundi,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Mahfuz berkata, adalah wajar sekiranya cuti umum bagi perayaan Deepavali sehingga Awal Muharram itu di lanjutkan pada 4 November nanti.

“Kalau boleh biarlah cuti itu berterusan dan tidak ada masalah kepada pengundi-pengundi yang tinggal dalam Kedah dan luar negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");