Membawang Hari Ini

Izara bersih nama

izara aishah

Pelakon dituduh berlagak, tak berdisplin

Selama ini, Izara Aishah cuba menjaga nama baik supaya tidak terpalit kontroversi. Namun, semua itu tinggal harapan apabila perkara yang paling ditakuti pelakon ini, akhirnya terjadi.

Bermula dengan tersebarnya klip video yang menonjolkan dia berpakaian seksi sambil menari tango, terbaru gadis berusia 22 tahun ini dihambat dakwaan dirinya berlagak, tidak berdisiplin, sukar dihubungi dan mengelak daripada sesi fotografi dengan media.

“Saya sedar nama saya sudah tercalar kerana ramai yang menganggap saya sudah berubah sikap. Malah, ada yang menuduh saya artis berhaluan kiri” Izara Aishah, Pelakon

Cerita yang tersebar itu sedikit sebanyak sangat mengejutkan peminat. Ini kerana pada awal kemunculannya, Izara tidak bersikap begitu.

Bertemu aktres jelita ini ketika menjalani penggambaran telefilem Cinta Mat Semperit di Taman Tasik Hilir Ampang, baru-baru ini, Izara meluahkan isi hatinya ekoran cerita yang tersebar.

“Apa yang berlaku adalah disebabkan salah faham semata-mata. Selepas tidak lagi mendapatkan khidmat pengurus, kerjaya seni saya banyak dikendalikan kawan-kawan dan saudara-mara. Mereka kurang mahir dengan urusan seperti ini.

“Jadi dari situlah timbul salah faham apabila banyak urusan seperti temujanji dengan media dibatalkan kerana salah faham dari segi komunikasi,” jelas pelakon yang cukup dikenali menerusi drama bersiri Vanila Coklat ini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");