Membawang Hari Ini

Jac belajar selami emosi ketika menyanyi

jaclin victor

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac, sudah lali jika isu penghayatannya dalam menyampaikan lagu balada berbahasa Melayu yang dikatakan bukan datang daripada jiwanya, diungkit lagi.

Lebih teruk, ada pihak melemparkan tuduhan kononnya Jac tidak langsung memahami bait indah lirik dalam lagu balada Melayu yang didendangkan, hingga dia tampak tidak menjiwai atau ‘bercerita’ ketika menyanyi.

Mendekati Jac sebaik dia selesai menghiburkan delegasi Malaysia dan rakan kongsi antarabangsa pada malam resepsi Jaringan Kreatif Malaysia pada MITCOM 2013 di Hotel Majestic Barriere, Cannes, Perancis, baru-baru ini, penyanyi ini mengakui tanggapan kononnya dia tidak menjiwai lagu masih kedengaran.

“Sebagai penyanyi, saya mahu berusaha membuat perubahan dan melakukan segala yang terbaik” Jaclyn Victor, Penyanyi

“Saya tahu ada orang cenderung membandingkan cara penyampaian dan penghayatan saya dengan penyanyi senior bukan Melayu, Francisca Peters.

“Memang saya akui, dulu saya menyanyi macam mesin. Pada awal kemunculan, saya hanya menyanyi dan menyanyi tanpa mengambil berat soal penghayatan terutama ketika mendendangkan lagu Melayu.

“Namun, selepas lebih 10 tahun menjadi artis, saya mula mendekati atau menyentuh emosi saya setiap kali mendendangkan lagu balada Melayu. Saya masih mencuba tetapi saya fikir, ia mula menampakkan kesan jika mendengar penghayatan saya sejak album pertama hinggalah yang terbaru,” katanya yang kali kedua membuat persembahan di Cannes.

Bukan tak faham
Jac berharap selepas ini tiada lagi kedengaran kata-kata kononnya dia tidak faham setiap patah perkataan dilafazkan ketika menyanyi.

“Sudah tentu saya faham. Cuma benarlah, saya perlu lebih banyak belajar. Sebagai penyanyi, saya mahu berusaha membuat perubahan dan melakukan segala yang terbaik atas usaha yang dibuat selama ini,” katanya.

Sukar memberi jawapan pasti perkara yang sudah lama mahu dilakukan tetapi masih belum kesampaian, Jac bersikap terbuka dengan cita rasa muzik peminat yang berubah-ubah.

“Orang tahu siapa Jac dan cara atau konsep yang saya tampilkan selama ini. Benar, corak atau gaya muzik berubah. Malah, peminat sekarang suka lagu ‘catchy’ dan lirik bersahaja atau ringkas.

“Sebagai penyanyi, kita perlu menerima setiap perubahan. Malah, saya sentiasa mencabar diri melakukan perkara baru supaya terus relevan,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");