Sukan Hari Ini

‘Jaga-jaga Tok Gajah’

bobby

“KAMI ke Kuantan untuk menang, 1-0 sudah memadai yang penting Sarawak bawa bekalan selesa ke Kuching nanti” kata penyerang Ngap Sayot, Bobby Gonzales menjelang pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 menentang Pahang, malam esok.

Menurut Bobby, Skuad Bujang Senang sudah bersedia beraksi di Stadium Darul Makmur meskipun menyedari mereka bakal berhadapan ribuan penyokong tuan rumah yang fanatik.

“Kami tidak gentar. Sarawak sudah terbiasa beraksi di hadapan kapasiti penonton yang ramai. Saya rasakan atmosfera di Stadium Darul Makmur nanti tiada jauh bezanya dengan Stadium Negeri.

“Paling mustahak, kami kena fokus sepanjang perlawanan dan tidak terperangkap dengan corak permainan tuan rumah,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Bobby memberitahu gandingannya di jentera serangan, Muamer Salibasic tidak berdepan sebarang masalah beraksi di Kuantan nanti.

“Saya percaya kelibat Muamer pasti menggerunkan pertahanan Pahang. Lihat sahaja, dia sudah dua kali meledak hatrik dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

“Lagipun, dikhabarkan dua tonggak Pahang (Amirul Hadi Zainal dan Mohd Razman Roslan) cedera, kami boleh ambil kesempatan di atas situasi itu,” katanya.

Pencapaian terbaik Sarawak dalam Piala Malaysia ialah muncul naib juara pada 1999 selepas tewas 1-2 kepada Brunei.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");