Membawang Hari Ini

‘Jangan hentam saya sesuka hati!’

Aiman Hakim Ridza,

Pelakon kacak yang semakin popular, Aiman Hakim Ridza, 24, terkejut apabila dia dikatakan semakin tidak berdisiplin sekali gus dia menafikannya.

Aiman berkata sejak dia menceburi industri hiburan lebih setahun lalu, tiada apa yang pernah berubah dalam dirinya.

“Saya masih sama seperti dulu dan apabila saya mula rapat dengan Fathia, kami tidak pernah mencampuradukkan urusan cinta de­ngan kerja. Kami menceburi bidang kerja yang sama jadi kami saling memahami. Jadi saya terkilan dan kecewa apabila ada yang menuduh saya sudah lupa diri, besar kepala dan tidak tahu menghormati orang lain.

“Selama ini saya tiada masalah bekerja dengan mana-mana produser dan pengarah, apatah lagi lakonan adalah sumber pendapatan.

“Saya sedih apabila ada pihak menuduh saya secara melulu, sepatutnya mereka dengar daripada saya juga apa sebenarnya yang terjadi. Cerita yang disebarkan secara sampai menyampai itu daripada seinci boleh jadi sedepa panjangnya dengan tokok tambah,” katanya dengan kesal.

Tegas Aiman, secara peribadi dia tiada masalah langsung ketika bekerja dengan produksi terbabit dan dia datang mengikut jadual yang diberi.

“Namun cubalah fikir, adakah logik selepas penggambaran bermula sejak 8 pagi dan selesai jam 6 pagi keesokannya, produksi mahu saya datang semula ke lokasi jam 11 pagi hari yang sama. Saya bukanlah mesin dan perlu berehat. Lokasi pula jauh yang mengambil masa hampir sejam perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Jadi kepada mereka di luar sana yang tak tahu apa-apa mengenai kerja produksi, jangan terus menjatuh­kan hukuman ke atas saya dan janganlah hentam saya sesuka hati!

Aiman akui pernah dia datang ke lokasi jam 8 pagi sedangkan kru tiba di lokasi pada jam 10 pagi dan pengarah pula sampai sejam selepas itu.

“Saya bukanlah orang yang sempurna dan pasti ada silap di sana sini, tetapi janganlah semua pihak menuding jari ke arah saya dan saya juga tak nafikan Fathia ada datang ke lokasi penggambaran yang ketika itu sudah sudah sangat lewat selepas dia menunggu saya tak balik-balik lagi.

“Ketika itu, saya lihat Fathia sangat tidak selesa dan tentulah saya kena buat sesuatu, tapi tuduhan yang kata saya bergayut lama di telefon dengannya adalah tak betul! Kami masih tahu batas masing-masing.

“Saya menghormati pengarah dan kru yang jauh lebih senior daripada saya. Jika dulu saya dibuli, takkan sekarang saya nak biarkan diri ini dibuli lagi!” katanya.

Melanjutkan bicara, Aiman faham setiap manusia ada ego masing-masing, tetapi setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara baik dan berdiplomasi.

Aiman juga beritahu baru-baru ini dia menjalani penggambaran drama di luar negara dan sepatutnya produksi membawa jurusolek artis serta penjaga ‘wardrobe’ tetapi tiada.

“Juru solek antara individu penting dalam mana-mana penggambaran pun terutama saya yang tak pandai bersolek. Apabila ditanya, mereka kata tak perlu bawa jurusolek dan penjaga ‘wardrobe’ pun. Mereka mula membandingkan saya dengan seorang lagi artis yang tidak kisah apabila tak ada jurusolek.

“Ini bukan soal perbandingan, tetapi jurusolek dalam mana-mana produksi,” katanya.

-Metro online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");