Laporan Eksklusif

Jemaah Terkandas Bukan Salah TH: Jamil Khir

PERAKTODAY18

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan sekeras-kerasnya bahawa Tabung Haji (TH) menjadi punca utama insiden jemaah Malaysia terkandas dan tidak boleh berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Katanya, masalah itu sering berlaku kepada rakyat Malaysia yang memilih untuk berurusan dengan syarikat swasta yang tidak melalui TH.

Beliau menegaskan bahawa sebarang urusan mendapatkan visa untuk mana-mana jemaah mestilah diuruskan oleh pihak TH.

“TH yang akan membuat permohonan kepada Kementerian Haji kerajaan Arab Saudi,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan khidmat syarikat swasta agar menyemak perkara itu terlebih dahulu dengan pihak TH.

Tambahnya, segala urusan berhubung kelulusan visa oleh kerajaan Arab Saudi akan hanya melalui TH Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");