Isu Panas

Jemputan KPN Tidak Menjawab Kritikan Dasar ‘Tembak Dahulu’ – Surendran

Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar

PETALING JAYA: Menyertai polis dalam operasi tidak menjawab kritikan terhadap dasar “tembak dahulu” Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau bilangan tembakan maut polis, kata Naib Presiden PKR N. Surendran, Rabu.

Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata orang ramai masih menunggu “jawapan dan penjelasan munasabah daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan.”

“Tanpa mengira penyertaan saya dalam operasi ini atau hasilnya, Kementerian Dalam Negeri dan polis mesti mengakhiri tembakan suspek secara rambang dan menyalahi undang-undang,” kata Surendran dalam satu kenyataan.

Surendran mendakwa jemputan KPN adalah “tindak balas spontan kepada kritikan yang sah”, tetapi beliau menerimanya dengan niat yang baik.

“Kami tidak pernah berkata bahawa anggota polis tidak menghadapi bahaya dalam menjalankan tugas mereka, tetapi kami tidak boleh memohon maaf kerana mengkritik kelakuan menyalahi undang-undang dan jenayah oleh mana-mana anggota polis dalam hubungan mereka dengan suspek, ” katanya.

Surendran akan dipasang dengan ‘perisai’ di badannya di Bukit Aman pada lewat Rabu, setelah menerima tawaran Khalid yang dibuat di Twitter pada Jumaat lepas untuk mengalami sendiri dan “rasa di kulit yang kita hadapi apabila berhadapan dengan penjenayah bersenjata ketika operasi”.

Surendran menerima tawaran itu melalui Twitter kira-kira tiga jam kemudian, dengan berkata; “Tq. Saya terima”.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");