Membawang Hari Ini

Jude Law Sudah Bosan Jadi Pelakon

JudePELAKON terkenal Hollywood iaitu Jude Law membuat pengakuan sudah bosan bergelar pelakon.

Law, 40, berkata, walaupun dia sangat menyukai kerjayanya itu namun kepayahan dan kerja keras yang perlu dilakukan membuatkan dia kadang-kala berasa bosan dengan bidang tersebut.

“Lakonan adalah bidang yang sangat saya cintai tetapi kadang-kala ia boleh menjadi sesuatu yang membosankan,” katanya kepada The Mirror.

Pelakon itu bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Dom Hemingway lakonan bersama Richard E. Grant. Ia bakal ditayangkan pada Disember depan.

Tambah pelakon itu lagi, dia sentiasa mencari karya-karya yang berbeza untuk mengelakkannya berasa bosan ketika berada di set penggambaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");