Isu Panas

‘Kalau periksa dah dapat A’

BN

YAN – “Kalau ambil periksa, saya dah boleh dapat gred A kerana berjaya melepasi 40 peratus daripada keperluannya,” kata calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Sehingga malam semalam, beliau sudah bertemu orang ramai dan antara 30 hingga 40 peratus pengundi di kawasan Dun Sungai Limau walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Penduduk kampung memahami apa yang mahu dibawa oleh kerajaan negeri di bawah BN. Saya harap mereka dapat bersama-sama menjayakan wawasan saya dan kerajaan negeri untuk manfaat masyarakat tempatan.

“Jadi inilah masanya untuk membuat perubahan dan penghijrahan untuk menikmati proses pembangunan yang agak ketinggalan di Sungai Limau berbanding kawasan lain,” katanya kepada media selepas bertemu orang ramai di Nat Bukit Besar di sini, pagi tadi.

Ahmad Sohami, bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim meluangkan masa lebih dua jam bersama isterinya, Siti Bunga Ismail sambil diiringi ahli Puteri dan Wanita Umno.

Beliau gembira dengan kunjungannya ke situ dan dapat bertegur sapa dengan kawan lama yang jarang ditemui sejak bekerja.

Ketika singgah di sebuah buah-buahan, terdengar katanya: “ini kawan baik saya, Haji Halim. Kami memang rapat dulu”.

Ketika singgah di gerai minuman, Ahmad Sohaimi mendekati seorang lagi kawannya sambil berkata: “Abang Omar, tolong bantu kita sama-sama ya,” katanya.

Di tengah kesesakan orang ramai, beliau bertembung dengan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat sambil bersalam dan berpelukan.

“Sihat ka. Jaga kesihatan. Tidur cukup ka. Kena tidur cukup untuk jaga kesihatan,” katanya sebelum meneruskan lawatan bertemu pengunjung pasar sehari itu.

Ahmad Sohami turut mengunjungi bilik gerakan Pas yang terletak di kawasan berhampiran untuk bertanya khabar kepada petugasnya.

Ketika dalam perjalanan pulang, beliau bertemu dengan Menteri Besar, Datuk MUkhriz Mahathir yang baru sahaja memulakan kunjungan ke situ.

Mereka bersalaman dan mengambil gambar dengan orang ramai yang berada di situ.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");