Membawang Hari Ini

Kanye & Kim Kardashian Buat Perjanjian Perkahwinan

KIM K

SELEPAS berita pertunangan Kanye West dan Kim Kardashian hangat diperkatakan, pasangan itu kini dikatakan sedang membuat perjanjian perkahwinan sebagai tanda berjaga-jaga apabila mereka terpaksa berpisah pada satu hari nanti.

Menurut laporan Aceshowbiz,perjanjian tersebut dibuat bukan kerana kedua-dua mereka takut akan perhubungan yang tidak berhasil tetapi ia lebih kepada usaha berjaga-jaga.

“Kedua-dua mereka mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa dan perjanjian itu semestinya dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga pada masa depan.

“Banyak perkara yang mereka kongsi dan semestinya mereka perlu melakukan sesuatu andaikata terpaksa berpisah,” kata sumber.

Perjanjian perkahwinan Kim dan Kanye akan dilakukan oleh seorang pakar penceraian selebriti iaitu Raoul Felder, yang pernah menyelesaikan masalah penceraian seperti Rudy Giuliani dan Martin Scorsese.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");