Membawang Hari Ini

Keadaan Stabil, Rahim Razali Pindah Wad Biasa

1303

Pelakon Datuk Rahim Razali yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway di sini akibat pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) sudah dipindahkan ke wad biasa pada Isnin apabila keadaannya semakin stabil.

Pelakon Khir Rahman berkata, Rahim dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini.

“Saya ada hubungi anak beliau tadi iaitu Nadia dan saya dimaklumkan keadaan Datuk (Rahim) sudah stabil dan dia sudah pun dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Akhbar pada Isnin melaporkan, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran.

Bagaimanapun pada petang Ahad (semalam), Rahim yang sedang menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang sekali lagi mengadu tidak sihat dan keadaan itu membuatkan dia terus dibawa ke Pusat Perubatan Sunway di sini.

Doktor mengesahkan Rahim menghidap penyakit subdural hemorrhage dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");