Perak Hari Ini

Kekal Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanda Sokongan Perwakilan: Khusairi

PERAK TODAY 1

Pengekalan jawatan Ketua UMNO bagi muka-muka lama pada pemilihan yang membabitkan 24 bahagian UMNO Perak semalam dilihat sebagai manifestasi sokongan perwakilan terhadap pemimpin di peringkat bahagian masing-masing .

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib, kejayaan pemimpin itu sememangnya berkait rapat dengan prestasi yang baik sepanjang bergelar Ketua UMNO Bahagian.

Jelasnya lagi, kejayaan tujuh Ketua UMNO Bahagian mengekalkan jawatan tanpa bertanding semalam didorong oleh daya kepimpinan mereka dalam menggerakkan jentera pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) yang lalu.

“Langkah atau keputusan yang dicapai adalah hasil daripada kepercayaan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan Ketua UMNO Bahagian,” katanya.

Sementara itu, Khusairi berkata, kejayaan itu juga merupakan satu pengiktirafan ahli kepada pemimpin sekaligus antara faktor mereka masih lagi mendapat kepercayaan di kalangan para perwakilan.

Beliau turut menyangkal bahawa wujud segelintir perwakilan yang menolak konsep peremajaan parti kerana bagi sesetengah jawatan, ia turut dimenangi oleh barisan muka baru.

Mengulas pula mengenai permasalahan yang timbul di sesetengah bahagian, ujar Khusairi, pemimpin di peringkat sudah pasti mempunyai formula yang tersendiri untuk menyatukan kembali barisan kepimpinan.

“Percanggahan pendapat itu merupakan perkara biasa dan apabila selesai pertandingan, pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian perlu merapatkan kembali barisan kepimpinan,” ujarnya.

Tujuh Ketua UMNO Bahagian berjaya mempertahankan jawatan bagi penggal 2013-2016 iaitu Lumut, Lenggong, Padang Rengas, Tambun, Ipoh Barat, Parit dan Bagan Datoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");