Berita Hari Ini

Kerajaan perlu tingkat cukai keuntungan hartanah

BAJET 2014

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) kepada 25 peratus untuk hartanah yang dipegang kurang dari lima tahun dan 10 peratus bagi tempoh kurang sepuluh tahun dalam Belanjawan 2014.

Seorang pensyarah pelawat di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Dr Jorah Ramlan berkata peningkatan RPGT boleh menjadi antara satu cara untuk negara menambah pendapatan.

“Kini wujud kebimbangan serius mengenai peningkatan ketara harga hartanah di negara ini sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

“Menaikkan RPGT tidak akan menjejaskan sektor pembinaan memandangkan keperluan untuk pembangunan perumahan sentiasa ada berdasarkan bilangan penduduk yang semakin meningkat.

“Aktiviti spekulasi dalam hartanah kediaman telah memanfaatkan banyak kapitalis sehingga mengorbankan penduduk berpendapatan pertengahan, rendah dan penduduk miskin bandar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata aktiviti itu tidak mampan dari segi ekonomi dan akhirnya gelembung akan pecah.

Jorah juga berkata kekurangan asas-asas ekonomi untuk menyokong peningkatan ketara harga hartanah akan memberi kesan negatif kepada sektor kewangan dan ke atas pembeli rumah dalam krisis ekonomi, tanpa mengira sama ada ia dicetuskan oleh faktor dalam negeri atau luar.

“Sektor kewangan dilindungi daripada krisis ekonomi lepas berikutan pendedahan antarabangsa yang terhad. Bagaimanapun, ia mungkin tidak begitu baik dalam krisis ekonomi jika pembeli rumah terlibat,” katanya.

Mengulas mengenai sektor pengangkutan, Jorah berkata kerajaan perlu meningkatkan cukai jalan untuk kenderaan dengan kapasiti enjin 2000 cc ke atas.

“Seperti yang kita ketahui, pendaftaran kenderaan baharu meningkat kepada 552,200 pada 2012 berbanding 535,100 pada tahun 2011.

“Langkah ini tidak akan menjejaskan industri kereta memandangkan kenderaan 2000 cc ke bawah kini mengatasi bilangan pengguna kenderaan berkapasiti lebih tinggi,” katanya.

Belanjawan 2014 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok.

– BERANAM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");