Perak Hari Ini

Buku Pemilihan Palsu Strategi Keliru Perwakilan: DS Zambry

PERAK TODAY 2

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pengedaran buku pemilihan UMNO palsu yang dikesan di UMNO Bahagian Tambun merupakan strategi licik yang digunakan oleh pihak tertentu bagi memastikan kemenangan calon pilihan yang bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT).

Namun begitu, taktik licik itu katanya, berjaya dikesan pada peringkat awal dan tindakan telah diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Kita telah mengesan cubaan pihak tertentu menggunakan taktik ini agar calon yang dirasakan layak menjadi pemimpin atau ketua mereka menang pada pemilihan kali ini.

“Mereka mempamerkan nombor berlainan dengan gambar calon untuk mengelirukan para perwakilan,” jelasnya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Perbandaran Manjung, dekat Lumut, hari ini.

Tambah Zambry lagi, keadaan itu tidak berleluasa di bahagian lain selepas pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Setakat ini, tiada bahagian lain yang dilaporkan mengalami situasi yang sama tetapi kita akan terus memantau untuk elak perkara sama berlaku di bahagian lain,” kata Zambry.

Sementara itu, beliau turut memberitahu keseluruhan mesyuarat perwakilan di 24 bahagian UMNO di seluruh Perak berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

“Jika trend pemilihan ini berterusan, saya jangka mesyuarat dan pemilihan peringkat MT dan jawatankuasa bahagian akan berjalan dengan lancar.

“Sekiranya ada kelemahan yang berlaku, kita akan cuba perbetulkan kerana ini merupakan proses pemilihan pertama yang melibatkan sejumlah perwakilan yang ramai,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");