Jenayah

Kes jenayah pelajar meningkat

jenayah

Johor Bahru: Kes jenayah membabitkan pelajar sekolah seluruh negara meningkat 149 peratus atau 873 kes enam bulan pertama tahun ini, berbanding 335 kes tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata kes berkenaan membabitkan gangsterisme, curi dan salah laku.
Sehubungan itu, katanya, polis kini sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung kegiatan jenayah membabitkan pelajar sekolah termasuk Ops Cantas selain bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani perkara itu.

“Tidak dinafikan kes jenayah membabitkan pelajar meningkat sebab itu pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menangani perkara ini kerana kita tidak mahu pelajar yang seharusnya menjadi harapan bangsa dan negara terjebak ke dalam kancah jenayah.

“Ops Cantas yang dilancarkan polis baru-baru ini juga pada masa sama membantu polis untuk membendung gejala ini kerana terdapat kes pelajar yang ponteng sekolah direkrut gangster menjadi anggota mereka,” katanya.

Ahli PVR ditambah

Beliau berkata demikian pada sidang media melepas merasmikan Seminar Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Sekolah Peringkat Zon Selatan 2013 di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff; Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali dan Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani.

Ayub berkata, pihaknya juga akan meningkatkan kerjasama dengan agensi dan pertubuhan berkaitan terutama YPJM dan KPJ sekolah serta pihak lain yang berkepentingan.

Sementara itu, Ayub berkata, pihaknya akan menambah 10,000 lagi anggota polis sukarelawan (PVR) di seluruh negara dalam usaha membendung kes jenayah.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");