Jenayah

Kes nasi berlauk cicak disiasat

nasi berlauk cicak

JITRA – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kubang Pasu akan membuat siasatan selepas dikatakan seorang pelajar hampir termakan lauk cicak di dewan makan sebuah sekolah dekat sini, baru-baru ini.

Menurut sumber, pihak PPD akan turun dan mengumpul segala maklumat dari pengetua sekolah tentang kes tersebut serta memastikan kes itu adalah berasas sebelum sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, pihak PPD akan memastikan sama ada sekolah tersebut dibawah penyeliaan PPD ataupun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sekolah Berasrama Penuh.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pihaknya sangat kecewa dengan kejadian yang berlaku di sekolah tersebut.

Oleh itu, pihaknya menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada pengusaha makanan tersebut tanpa kompromi.

“Ini adalah teladan kepada pengusaha makanan lain supaya tidak mengambil sikap lewa dalam menyediakan makanan terutamanya kepada pelajar sekolah dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Kami berharap pihak Kementerian Pelajaran dapat sentiasa membuat pemantauan di seluruh Kedah terutamanya dalam penyediaan makanan kepada pelajar. Selain itu, pihak berkenaan perlu menyiasat terlebih dahulu latar belakang pengusaha makanan sebelum memberi tender kepada mereka,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang waris kecewa dengan kualiti makanan yang disediakan kepada pelajar di dewan makan sebuah sekolah di Jitra selepas dikatakan makanan yang dihidang kepada seorang pelajar terdapat seekor cicak bersama ikan goreng.

Waris tersebut kecewa dan mahu pihak bertanggungjawab turun dan menyiasat kes berkenaan supaya peristiwa itu tidak akan berulang lagi serta mengelak dari berlakunya keracunan makanan terhadap pelajar pada masa akan datang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");