Sukan Hari Ini

KFA, kelab penyokong bersemuka esok

KEDAH

GESAAN gabungan lima kelab penyokong bola sepak Kedah agar satu pertemuan diadakan bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk membincangkan mengenai persiapan 2014 mendapat reaksi positif daripada persatuan tersebut, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Jurucakap gabungan kelab penyokong itu, Sazali Sobri berkata, pihak pengurusan KFA bersetuju mengadakan satu perjumpaan pada Rabu ini (esok).

Menurutnya, perjumpaan itu merupakan tuntutan kedua dari lima yang dikemukakan kepada KFA, 14 Oktober lalu.

Katanya lagi, buat masa ini meja rundingan adalah langkah alternatif yang wajar didahulukan, manakala rancangan demonstrasi aman tidak akan diteruskan buat masa ini.

“Rabu ini adalah hari yang telah ditetapkan KFA untuk bersemuka antara wakil-wakil dari Gabungan Kelab Penyokong Kedah dan Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar untuk mendengar gesaan dan empat lagi baki tuntutan dalam kenyataan media yang telah dinyatakan pada minggu lepas.

“Bagaimanapun, bantahan aman atau kempen akan diteruskan jika pihak gabungan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak-pihak berkenaan yang menjadi duri dalam daging dan merosakkan bola sepak pasukan Kedah,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lima gabungan kelab penyokong Kedah merancang mengadakan demonstrasi ekiranya KFA gagal mendedahkan segera perancangan bagi membina skuad Liga Premier 2014.

Suara yang hadir melalui lima persatuan dan kelab iaitu Hijau Kuning. Com, Kenari Fans Squad, Penyokong Setia Hijau Kuning, Ultras Kedah dan Peminat Bolasepak Kedah memberi KFA masa untuk berbuat demikian sehingga 21 Oktober ini.

Kelab penyokong menggesa satu pertemuan segera dilakukan di antara KFA  dengan wakil gabungan penyokong untuk mendengar tuntutan dan suara akar umbi.

Selain itu, pihaknya mendakwa terdapat penyelewengan berlaku dan menggesa beberapa individu tertentu di dalam KFA meletakkan jawatan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");