Perak Hari Ini

Khairuddin, Shahrul Zaman Dipilih Timbalan Ketua Dan Naib Ketua UMNO Bagan Datoh

PERAK TODAY 8

Khairuddin Tarmizi dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (gambar) masing-masing memenangi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh dalam mesyuarat perwakilan yang berlangsung, pagi tadi.

Pada pemilihan yang berlangsung di Wisma UMNO Bagan Datoh, Khairuddin mendapat 349 undi manakala pencabarnya, Hasan Hamzah sekadar mendapat sebanyak 73 undi.

Untuk jawatan Naib Ketua UMNO bahagian pula, Shahrul Zaman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup berjaya menewaskan dua lagi pencabarnya selepas meraih 291 undi.

Pencabarnya, Subril Mat Saad dan Ahmad Abdullah masing-masing mendapat 71 dan 48 undi pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh selepas menang tanpa bertanding.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");