Membawang Hari Ini

Kintang Kintung bersama Harun & Achey

kintang kintung

MASIHKAN anda mengingati gelagat lucu Juara Bintang Mencari Bintang, Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik yang cukup selamba dalam menyampaikan mesej menerusi persembahan sketsa kepada para penonton?

Gandingan mantap dua pelawak itu menerusi program variasi komedi Kintang Kintung kini dapat disaksikan setiap Ahad jam 11 malam.

Bersama dengan tetamu jemputan, Harun dan Achey akan membincangkan isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat di negara ini.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, Kintang Kintung menggantikan beberapa program bual bicara lewat hujung minggu seperti Jangan Tidur Lagi, Tunggu Sekejap dan BROS yang memberi kepuasan berbeza terhadap penonton.

“Kekuatan program ini terletak pada keserasian Achey dan Harun dalam mengendalikan sketsa komedi yang menyentuh isu masyarakat.

“Lebih menarik, mereka  akan bergandingan dengan ramai artis jemputan untuk menjayakan babak sketsa yang mencuit hati, ” katanya.

Antara topik yang akan diketengahkan dalam 13 episod itu, masalah rempit, pembuangan bayi, kahwin campur, orang gaji, kepochi, bomoh dan banyak lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");