Membawang Hari Ini

Kisah Cinderella moden

cinderalla

TERBARU di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan ABN-CBS, ‘Be Careful With My Heart’ menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang di TV3.

Siri yang diarahkan oleh pengarah Jeffrey R. Jeturian dan Mervyn B. Brondial ini menampilkan barisan pelakon seperti Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Mutya Orquia, Janella Salvador dan Jerome Ponce.

‘Be Careful With My Heart’ berkisarkan kehidupan seorang gadis bernama Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina.

Namun, keluarganya sering berhadapan dengan masalah kewangan apatah lagi rumah yang didiaminya sudah usang dan mengalami kerosakan teruk.

Lantas Maya membuat keputusan untuk keluar dari kampung halaman dan mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita-cita menjadi pramugari bagi membantu keluarganya.

Namun, hanya Richard (duda kaya) merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan kerjaya impiannya kerana pengaruh lelaki tersebut dalam industri penerbangan.

Maya terpaksa bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak-anaknya. Sebaik saja menjejakkan kaki ke rumah istana milik Richard, Maya secara tidak langsung terlibat dengan kehidupan peribadi Richard dan tiga orang anaknya yang bermasalah, Luke, Nikki dan Abigail.

Dalam usahanya merapatkan kembali hubungan keluarga itu, Maya mula jatuh cinta terhadap Richard dan amat menyayangi Luke, Nikki serta Abigail.

Ketika itulah Maya diuji apabila seorang wanita muncul dan mengaku sebagai ibu kandung kepada tiga anak Richard. Apakah yang bakal berlaku selepas itu?

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");