Sukan Hari Ini

KJ mahu FAM atur jualan tiket ‘final’

kjPERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran melaksanakan proses penjualan tiket secara tersusun untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam, 3 November ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata langkah itu bagi memastikan peminat dapat membeli tiket dengan selesa di stadium, agihan tiket kepada persatuan negeri adil dan membanteras ulat tiket daripada terus bergiat aktif.

Selain itu, mengelak kesesakan penonton dalam stadium di samping kawalan keselamatan sistematik bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Ragbi NS KGV 10 Sebelah kali Kelapan di sini, hari ini.

Khairy berkata FAM perlu mencari mekanisme terbaik serta mengeluarkan garis panduan mengenai penjualan tiket bagi mengelak sebarang kekeliruan oleh mana-mana pihak.

Mengenai kejohanan ragbi itu, beliau berkata kementeriannya akan menyokong kejohanan itu supaya ia menjadi antara kejohanan premier untuk sukan ragbi di peringkat sekolah di negara ini.

Sebanyak 110 pasukan termasuk dua pasukan dari Thailand dan Singapura menyertai kejohanan dua hari itu anjuran bersama kerajaan negeri, CIMB Foundation dan COBRA.

Lima kategori dipertandingkan iaitu bawah 12, 13, 14, 15 dan bawah 16 tahun.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");