Berita Hari Ini

Koloborasi PPP Malaysia dapat pujian

f5e41-bankdunia

KUALA LUMPUR – Malaysia dipuji oleh World Bank Group atas usaha negara ini yang menjalin usaha sama dengan sektor swasta menerusi program Kerjasama Awam-Swasta (PPP).

Tunde Onitiri, Pengurus Negara Malaysia dan International Finance Corporation Singapura menyifatkan penglibatan antara kerajaan dan sektor swasta sebagai antara yang terbaik di dunia, terutama dari segi infrastruktur.

“Malaysia sudah menjalankan tugas yang hebat dalam infrastruktur PPP seperti projek MRT selain cadangan Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singa­pura.

“(Untuk masa depan) negara masih ada ruang untuk terus meningkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan Kerjasama Awam-Swasta 2013 keempat di sini hari ini.

Beliau berkata selain infrastruktur, sektor lain yang perlu ditimbangkan oleh Malaysia menerusi PPP ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Onitiri berkata PPP mungkin berbeza antara satu negara dengan negara lain, bergantung kepada sektor bertumpukan kerajaan.

“Trend serantau kini membuka ruang untuk pasaran pesat membangun di Asia untuk memberi tumpuan ke atas PPP yang melibatkan projek infrastruktur.

“Oleh itu kerajaan perlu mengguna pakai strategi PPP yang bersesuaian untuk memastikan kejayaannya,” katanya.

Onitiri adalah antara panel penceramah pada acara itu. Beliau menyampaikan kertas kerja mengenai Trens Sektor PPP Global dan Unjurannya, yang menyenaraikan kajian kes negara yang mempunyai PPP yang berjaya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");