Laporan Eksklusif

Lagi Jemaah Haji Meninggal Dunia

TABUNG HAJI

Seorang jemaah haji dari Tongkang Yard, dekat Alor Setar meninggal dunia di Pusat Rawatan Aziziah kira-kira jam 6.50 petang semalam waktu tempatan.

Allahyarham Zolkisfali Wahab, 57, dilaporkan meninggal dunia akibat masalah sistem penghadaman.

Sebelum ini, Allaryarham ditempatkan di Maktab 91 dan setakat ini, jumlah kematian membabitkan jemaah haji Malaysia meningkat kepada 10 orang.

Pihak krew Peraktoday.com merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zolkisfali dan mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh.

Al-fatihah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");