Berita Hari Ini

LBS lancar pangsapuri di Cameron Highlands

LBS

PEMAJU hartanah, LBS Bina Group Bhd (LBS) melancarkan pangsapuri kedai tiga blok, Barrington Square, di Perbandaran Cameron Golden Hills dengan matlamat untuk menawarkan pengalaman percutian ideal bagi pembeli atau pelabur di lokasi percutian tanah tinggi popular Cameron Highlands.

Projek itu mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM184 juta.

Pengarah Urusan LBS Datuk Lim Hock San berkata, pembangunan terbaru itu diyakini seiring dengan permintaan pembeli selepas melihat kenaikan dalam nilai pembangunan projek syarikat tersebut.

“LBS akan terus menawarkan ruangan kediaman berinspirasi serta akan membangunkan perbandaran yang serba lengkap seperti Cameron Golden Hills,” katanya dalam satu kenyataan.

Pangsapuri Barrington Square yang dibina berdasarkan unsur seni bina Tudor memiliki unit rumah dengan keluasan daripada 581 kaki persegi sehingga 1,345 kaki persegi dengan harga permulaan antara RM301,800 dan RM487,800.

Unit komersial di bahagian bawah setiap blok pula memiliki keluasan dari 1,001 kaki persegi dan harga permulaan RM750,800.

Menurut LBS, Pangsapuri Barrington Square itu dijangka siap pada 2016.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");