Sukan Hari Ini

Liga Inggeris: Chelsea, MU mara ke suku akhir

CHEALSEA

CHELSEA dan Manchester United (MU) mara ke suku akhir Piala Liga Inggeris selepas menewaskan lawan masing-masing dalam saingan pusingan keempat awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam perlawanan itu, Chelsea menewaskan Arsenal 2-0.

Cesar Azpilicueta meletakkan pelawat di depan seawal 25 minit pertama sebelum Juan Mata menggandakan jaringan pada babak kedua.

Lebih bermakna lagi, kejayaan yang dilakar anak Jose Mourinho di Stadium Emirates yang menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu merakam kehampaan.

Turut mara ke pusingan suku akhir ialah MU yang membelasah Norwich 4-0.

Satu lagi pertemuan, Fulham tewas mengejut 4-3 kepada kelab divisyen dua, Leicester.

Stoke pula diheret ke permainan masa tambahan sebelum menundukkan Birmingham 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 4-4 pada 120 minit permainan

Berikut keputusan Piala Liga Inggeris yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia):

Arsenal 0 Chelsea 2

Birmingham 4 Stoke City 4

(Stoke menang penalti 4-2)

Burnley 0 West Ham 2

Leicester 4 Fulham 3

Manchester United 4 Norwich 0

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");