MESKIPUN gagal menyaksikan anak buahnya mencatat kemenangan selepas permulaan kurang bermaya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pengurus Manchester United, David Moyes tetap berpuas hati dengan peningkatan yang dipamerkan The Red Devils ketika menentang Shakhtar Donetsk awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Dalam perlawanan itu, United terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila terikat seri 1-1 dengan Shaktar dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-juara.
Menurutnya, satu mata itu ternyata berharga jika dibandingkan dengan kunjungan ketika Arsenal, Tottenham dan Chelsea menentang Shaktar.
“Ia ada mata yang baik dalam Liga Juara-juara apabila datang ke sini, mereka dapat rekod yang baik berbanding kelab Inggeris lain.
“Mereka bermain dengan baik malam ini dan dapat jaring gol awal dan saya fikir kami dapat menyekat tuan rumah daripada menjaringkan gol.
“Apapun, kami bertahan dengan baik,” katanya.