Sukan Hari Ini

LIMBC 2013: Giger, Davison Terus Mara Rebut Gelaran Juara

PERAK TODAY 9

Pelumba Switzerland, Fabian Giger muncul juara peringkat kedua Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013 hari ini selepas mengalahkan rakan sepasukannya, Emil Lindgren yang menduduki tempat pertama dalam perlumbaan semalam.

Peringkat kedua yang berlangsung sejauh 45 kilometer tetap diteruskan walaupun cuaca buruk dan perlumbaan berlangsung dengan rancak terutama bagi kategori terbuka lelaki yang menyaksikan Giger berjaya menyekat kemaraan pelumba hebat lain.

Giger yang juga juara keseluruhan LIMBC 2012 mencatatkan masa 1 jam 55 minit 49 saat untuk mengenepikan Lindgren di tempat kedua (1:58:14) diikuti Kristian Hynek dari Ceska Sporitelna Specialized di tempat ketiga (1:58:28).

Giger memberitahu berasa sangat gembira kerana dapat mendahului pelumba lain sekaligus mengubat kekecewaan catatan masa semasa perlumbaan peringkat pertama yang berlangsung semalam.

“Pada perlumbaan semalam, saya berasa sangat kecewa disebabkan terdapat masalah teknikal, namun hari ini semuanya telah berubah di mana saya dijulang sebagai juara peringkat kedua dan akan terus fokus untuk peringkat yang seterusnya,” ujar pelumba dari Giant Pro XC Team itu lagi.

Menurut Lindgren, walaupun tidak muncul juara peringkat kedua, tetapi dia tetap gembira kerana kedudukan itu disandang oleh rakan sepasukannya.

“Perlumbaan hari ini sangat sukar serta mencabar apabila terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu, tapi saya tetap berpuas hati kerana masa catatan hari ini lebih baik berbanding sebelum,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan perlumbaan.

Bagaimanapun, jersi kuning masih milik Emil Lindgren, selaku pendahulu keseluruhan bagi kategori terbuka lelaki.

Sementara itu, bagi kategori terbuka wanita, Lea Davison dari Specialized Factory Racing terlebih dahulu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 2:19:28s mengenepikan Maja Wloszczowska dari Poland 2:19:28s manakala adelheid Morath dari German menduduki tempat ketiga 2:23:46s.

Bagaimanapun, Lea masih mengungguli jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan bagi kategori  terbuka wanita.

Esok, perlumbaan peringkat ketiga akan berlangsung di Orienal Village dengan jarak 81 kilometer bagi kategori terbuka lelaki manakala bagi kategori terbuka wanita, Men master, dan Senior Men’s Master akan menempuh jarak 54 kilometer.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");