Sukan Hari Ini

LIMBC 2013: Tersesat Laluan Perkara Biasa, Bukan Masalah Teknikal

IMG_6467

Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage, Datuk Malik Mydin menegaskan kesilapan pelumba Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013 yang tersasar dari laluan sepatutnya adalah perkara biasa dan bukan disebabkan oleh masalah teknikal.

Katanya, memang menjadi kebiasaan ada pelumba yang tersesat ketika melalui laluan berbukit.

“Kesilapan ini boleh berlaku kerana laluan yang digunakan bukan jalan raya tetapi kawasan berbukit.

“Mana-mana pelumba pun akan hadapi masalah ini…ianya bukan isu dan tidak perlu menyalahkan sesiapa,” ujarnya kepada Peraktoday.com.

Tambahnya lagi, akibat tidak mengikut tanda diletakkan penganjur, pelumba akhirnya terkeluar dari laluan yang sepatutnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu adalah tidak wajar untuk meletakkan petugas di setiap laluan tetapi ada pasukan polis serta anggota RELA yang sedia menunggu dan membantu sebagai penanda arah,.

“Jika pelumba gagal mengikut tanda yang disediakan, tidak mustahil mereka akan tersesat.

“Kalau kita letakkan petugas di setiap laluan, siapa yang hendak menunggu dalam hutan atau kawasan berbukit,” jelas Malik lagi.

Oleh itu, para pelumba katanya, perlu sentiasa peka dengan setiap tanda yang diletakkan di sepanjang laluan yang disediakan pihak penganjur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");