Sukan Hari Ini

LIMBC 2013: Yamamoto Juara Peringkat Ketiga

_MG_7352 (Medium)

Buat julung-julung kalinya, pelumba Asia berjaya menewaskan juara bertahan, Emil Lindgren selepas memenangi tempat pertama Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013, peringkat ketiga hari ini.

Pelumba kategori terbuka lelaki, Kohei Yamamoto muncul pemenang selepas menewaskan Lindgren dengan catatan terpantas 3 jam 29 minit 56 saat.

Kejayaan ini sekaligus melayakkan beliau merebut jersi berwarna kuning sebagai pendahulu masa secara keseluruhan.

Ketika ditemui pemberita, Yamamoto memberitahu beliau tidak menyangka akan memenangi perlumbaan hari ini disebabkan hujan lebat dan jalan yang licin.

Beliau ternyata gembira kerana berjaya menandingi pelumba bertaraf dunia lain yang menduduki tangga teratas pada cabaran peringkat pertama dan kedua, sebelum ini.

“Laluan peringkat ketiga sangat jauh dan sukar tetapi itu bukan menjadi penghalang buat saya teruskan perlumbaan.

“Walaupun terpaksa meredah hujan lebat, fikiran saya hanya fokus untuk memenangi perlumbaan ini, sekaligus menjadi pelumba pertama tiba di garisan penamat,” katanya.

Tegasnya lagi, beliau akan terus mara untuk menghadapi saingan di peringkat seterusnya walaupun berhadapan kesukaran ketika melalui jalan berbukit.

“Walaupun kelebihan saya berlumba di kawasan landai, saya tetap akan terus berusaha hingga ke peringkat akhir,” ujarnya.

Semalam, pelumba Jepun ini sekadar menduduki tangga keempat pada peringkat kedua LIMBC 2013 yang menyaksikan pelumba Switzerland, Fabian Giger muncul pemenang tempat pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");