Sukan Hari Ini

LIMBC 2013:Yamamoto Kekal Sarung Jersi Kuning

PERAK TODAY 15Pelumba Jepun, Kohei Yamamota kekal sebagai pendahulu masa secara keseluruhan bagi katogeri Men Open pada Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMB) 2013 yang masuk ke peringkat keempat, hari ini.

Justeru, pelumba nombor 104 itu memiliki kelebihan untuk menyarung jersi berwarna kuning apabila mencatat masa keseluruhan 9 jam 35 minit 03 saat.

Walaupun tidak memenangi pusingan keempat, beliau menegaskan tidak berasa kecewa malah tetap gembira kerana masih mengungguli tempat pertama dari segi catatan masa.

“Saya tidak kisah jika tidak berpeluang menaiki podium hari ini asalkan secara keseluruhan, catatan masa saya masih di kedudukan teratas,” katanya.

Pelumba pertama Asia ini merekodkan masa keseluruhan dengan beza 2 minit 47 saat daripada pesaing terdekatnya, Lindgren.

Beliau mencatatkan masa 1 jam 39 minit 52 saat, iaitu kedudukan di tangga keempat selepas tewas kepada Maxime Marotte.

Sementara itu, pelumba wanita pertama Malaysia, Masziyaton Mohd Radzi menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ke-9.

Beliau yang memperbaiki kedudukan dengan naik lima anak tangga melahirkan rasa gembira apabila berjaya mendahului pelumba dari Indonesia, Kusmawati Yazid yang sentiasa menjadi hasratnya selama ini.

Semalam, Masziyaton menduduki tempat ke-14 dalam senarai pelumba antarabangsa tetapi bangkit semula pada peringkat keempat.

“Saya akan berusaha mengejar masa untuk menandingi pelumba-pelumba lain supaya dapat terus berada dalam senarai 10 pelumba terbaik.

“Hari ini, saya berasa cukup gembira kerana dapat mendahului Kusmawati tetapi saya perlu fokus untuk mengutip mata bagi melayakkan diri mewakili negara ke Sukan SEA,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");