Berita Hari Ini

Lorong jalan Cheras ditutup sementara

mrt2

KUALA LUMPUR – Sebahagian Jalan Cheras menghala Jalan Pudu di sini akan tutup pada sebelah malam mulai 18 Okt hingga 7 Nov untuk membolehkan kerja-kerja utiliti.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataan hari ini berkata penutupan satu lorong jalan itu meliputi laluan sepanjang 20 meter, selepas lampu isyarat berhampiran Menara PGRM.

Penutupan itu akan dilaksanakan secara berperingkat pada sebelah malam dari pukul 10 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Ia bagi membolehkan kerja-kerja untuk stesen bawah tanah MRT Maluri dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web MRT di www.kvmrt.commy atau www.mymrt-underground.com.my, twitter @MRTMalaysia atau
twitter @MyMRT Underground atau hubungi talian hotline di 1800-82-6868.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");