DUA jaringan Romelu Lukaku membantu Everton menang 3-2 mengatasi Newcastle United pada aksi di Goodison Park, awal pagi semalam.
Pengendalinya, Roberto Martinez kelu lidah untuk berkata-kata melainkan memuji pemain kelahiran Belgium itu.
“Apa yang anda lihat hari ini, itulah dirinya. Dia kuat, bertenaga dan sangat cerdas mencipta peluang menjaringkan gol.
“Teknik dimilikinya juga bagus dan itu aset penting buat pasukan,” katanya.
Tambah Martinez, Lukaku pemain yang tidak tamak dan sempat menyumbang satu assist kepada Ross Barkley bagi meledak gol kedua The Toffees.
Bagi rekod, Lukaku baru berusia 20 tahun dan ini adalah musim keduanya bermain sebagai pemain pinjaman daripada Chelsea selepas pernah mewakili pasukan West Bromwich Albion pada musim 2012 hingga 2013.
– SINAR HARIAN