Isu Panas

Mahathir: Tak perlu dengar cakap Zam

MAHA

Setelah saya tersingkir dari jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan dilantik menjadi penasihat, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu Johan Jaafar yang mengambil alih jawatan saya ” You tidak perlu dengar nasihat Zam.”

Berikutan dengan keputusan penyingkiran itu yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno pada November 1992, Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim segera mengarahkan Johan Jaafar yang ketika itu menjadi Ketua Bahagian Penerbitan Am Dewan Bahasa dan Pustaka supaya meletakkan jawatannya serta merta untuk ke Utusan Melayu.

Bagaimanapun Johan juga tidak kekal lama dengan jawatan sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu.

Setelah hanya lima tahun, beliau pula disingkirkan oleh kerana dianggap sebagai pro Anwar tetapi 11 tahun kemudian dalam suatu majlis – buku memoir Dr.Mahahir ‘A Doctor in the House’, Johan menafikan beliau disingkirkan tetapi meletakkan jawatan bagi menunaikan janjinya untuk berhenti apabila sudah tidak lagi diyakini.

Bagaimanapun Dr Mahathir yang berucap kemudiannya secara berseloroh menyatakan bahawa “sebenarnya saya buang Johan dari Utusan.”

Sejarah Utusan Melayu menyaksikan sejak dari tahun 50-an seorang demi seorang Ketua Pengarang Utusan Melayu keluar kerana disingkirkan kecuali Khalid Mohd yang menggantikan Johan. Beliau mencari jalan keluar dengan selamat.

Semasa keadaan Dr Mahathir tidak pasti dalam menghadapi cabaran dari Anwar Ibrahim, beliau adalah penyokong Anwar tetapi tidak diketahui ramai orang kecuali pegawai yang dekat dengannya.

Khalid tidak mahu menyiarkan rencana yang menafikan dakwaan orang-orang Anwar bahawa Dr Mahathir pengsan dan sakit apabila hendak menunaikan fardhu Haji di Mekah pada tahun 1999.

Oleh kerana takut dianggap sebagai penyokong Dr Mahathir, Khalid telah menyekat Pengarang Mingguan Malaysia, Maimunah Yusuf dari menyiarkan rencana ini yang ditulis oleh Hassan Mohd Noor berasaskan sumber Konsul Besar Malaysia di Jeddah, Syed Hussein Al- Habshee tetapi atas desakan Maimunah akhirnya Khalid menyiarkannya sebagai tulisan Syed Hussein.

Sebelumnya Khalid juga telah menegur Maimunah kerana menyiarkan rencana yang memuji dan membesarkan kejayaan Dr Mahathir membina Kompleks Sukan Komanwel dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semua ini dapat dibaca dalam buku Di Depan Api di Belakang Duri Kisah Sejarah Utusan Melayu dari sejak awal penubuhannya pada tahun 1938 hingga sekarang ini. Buku ini boleh dibeli di semua kedai buku di seluruh Malaysia.

Zainuddin Maidin (bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu 1983-1992, sekarang beliau adalah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir UUM)

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");