Perak Hari Ini

Mangsa Banjir Di Pantai Remis Meningkat

banjir-kerian1-300x225

Sehingga jam 6 pagi tadi, jumlah terkini mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sudah mencecah 1,077 orang.

Sembilan lokasi di sekitar Pantai Remis dilanda banjir iaitu Kampung Sungai Batu, Kampung Parit Marikan, Taman Pantai Wang, Kampung Pantai Tin, Kampung Tebuk Yan, Kampung Batu 13 Segari, Kampung Padang Serai, Taman Bintang dan Kampung Batu Hampar.

Menurut statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, di pusat pemindahan SK Sungai Batu sahaja, jumlah mangsa yang ditempatkan ialah seramai 659 orang yang membabitkan 150 keluarga.

Daripada jumlah itu, 188 daripadanya adalah lelaki dewasa, diikuti perempuan (201); kanak-kanak lelaki (137) dan kanak-kanak perempuan (133).

Manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan dewan orang ramai Tebuk Yan pula seramai 75 orang yang membabitkan 21 keluarga.

Sementara itu, seramai 85 mangsa banjir turut ditempatkan di pusat pemindahan Kampung Padang Serai.

Daripada jumlah itu, 24 daripadanya adalah lelaki dewasa, diikuti wanita (26); kanak-kanak lelaki (16) dan kanak-kanak perempuan (19).

Selain itu, 199 mangsa banjir turut dipindahkan ke pusat pemindahan dewan orang ramai Taman Bintang.

Ia membabitkan 54 keluarga dan daripada jumlah itu, 52 mangsa adalah lelaki dewasa, perempuan (64); kanak-kanak lelaki (30) dan kanak-kanak perempuan (53).

Di pusat pemindahan SK Batu Hampar pula, seramai 59 mangsa banjir ditempatkan di situ dengan 13 daripadanya adalah lelaki dewasa, wanita (21); kanak-kanak lelaki (10) dan kanak-kanak perempuan (15).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");