Membawang Hari Ini

Mansuh syarat tak boleh kahwin

zed

SENIMAN anggap kontrak bersyarat terhadap artis naungan syarikat produksi langgar hak asasi manusia, mahu kemuka aduan kepada SUHAKAM

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menggesa syarikat produksi tempatan memansuhkan syarat melarang artis naungan berkahwin kerana ia mencabuli hak asasi manusia.

Presidennya, Zed Zaidi menyifatkan syarat melarang artis bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai perlu dipandang serius kerana ia membabitkan hak individu.

Isu ini berlaku kepada artis baru yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka terpaksa bersetuju menandatangani kontrak asalkan cita-cita bergelar pelakon tercapai. Apabila membabitkan hal peribadi dalam kerja, ia nampak tidak profesional kerana keuntungannya hanya milik produksi saja. Mereka yang menjadi mangsa dan sengsara adalah individu terbabit sehingga berlaku perkara negatif,” Zed Zaidi, Presiden SENIMAN

“Jika dalam sesuatu kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh bercinta, saya menganggap ia melanggar hukum Tuhan sekali gus mencabuli hak asasi manusia.

“Saya tidak nafikan, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak kemungkaran,” katanya ketika ditemui pada majlis korban anjuran SENIMAN di Masjid Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, kelmarin.

Zed mengulas kontroversi tercetus membabitkan Aeril dan Wawa yang merahsiakan perkahwinan mereka berikutan Wawa terikat dengan kontraknya bersama MIG Pictures Sdn Bhd yang didakwa melarangnya daripada berkahwin.

Kenyataan tegas Zed berhubung isu itu juga dapat dilihat pada status akaun Facebook (FB) dengan catatan – “Aku berpendapat syarat tidak boleh bercinta diletakkan di dalam kontrak melanggar hak peribadi seseorang harus dimansuhkan @SenimanMalaysia”.
Mahu kaji kontrak Wawa

Zed berkata, sebagai persatuan yang menjaga kepentingan artis tempatan, isu kontrak melarang artis naungan berkahwin akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) jika melanggar Akta Kontrak 1950 di bawah Seksyen 27.

“Kami menganggap isu Aeril dan Wawa sebagai orang yang teraniaya kerana hak asasi mereka dicabuli. Beberapa hari lalu, Aeril hubungi saya untuk berbincang perkara ini. Kami akan berjumpa mereka dalam masa terdekat.

“Terlebih dulu, SENIMAN bersama peguam akan mengkaji kontrak Wawa sebelum berbincang dengan syarikat produksi terbabit,” katanya.

Mengikut Akta Kontrak Malaysia 1950, Seksyen 27 menyebut, perjanjian menghalang perkahwinan adalah terbatal – setiap perjanjian yang menghalang perkahwinan seseorang, selain daripada individu yang belum dewasa pada masa remajanya, adalah batal.

Zed berkata, pihaknya faham situasi artis yang cenderung menandatangani kontrak dengan syarikat produksi kerana terdesak mendapatkan tawaran kerja.

“Isu ini berlaku kepada artis baru yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka terpaksa bersetuju menandatangani kontrak asalkan cita-cita bergelar pelakon tercapai. Apabila membabitkan hal peribadi dalam kerja, ia nampak tidak profesional kerana keuntungannya hanya milik produksi saja.

“Mereka yang menjadi mangsa dan sengsara adalah individu terbabit sehingga berlaku perkara negatif,” katanya.

Terma mirip larang kahwin

Penasihat Undang-Undang yang juga Pengerusi Biro Aduan SENIMAN, Zahrin Ishak berkata, pihaknya akan mengkaji terma kontrak Wawa sebelum memberi kepastian apakah ia menyalahi Akta Kontrak Malaysia 1950.

“Isu yang berlaku kepada Aeril dan Wawa adalah mirip terma yang menghalang daripada berkahwin. Jadi ini akan memansuhkan kontrak itu sendiri menjadikan perjanjian terbabit tidak sah.

“Saya sudah melihat Akta Kontrak 1950 di dalam seksyen 27 bahawa halangan daripada berkahwin yang termaktub di dalam sesuatu kontrak artis dan produksi akan terbatal sekiranya ia wujud. Dalam kes mereka yang dihalang daripada bercinta adalah mirip terma berkenaan,” katanya.

Zahrin berkata, SENIMAN sedang mendapatkan salinan kontrak Wawa untuk diteliti dengan terperinci.

“Selepas diselidik, kami akan mengemukakan kepada syarikat produksi terbabit dan meminta mereka memansuhkan beberapa terma jika melanggar hak asasi manusia serta undang-undang negara,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");