Berita Hari Ini

MAS tambah penerbangan KL-Taipei

mas

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines akan memperkenal satu perkhidmatan tambahan bagi laluan Kuala Lumpur-Taipei sepanjang musim sejuk ‘Northern Winter’ 2013, mulai 4 November, 2013.

Dalam satu kenyataan hari ini syarikat penerbangan negara itu berkata perkhidmatan tambahan itu akan menggunakan pesawat B737-800 dengan konfigurasi 16 tempat duduk perniagaan dan 144 kelas ekonomi, yang dilengkapi sistem hiburan dalam penerbangan atas permintaan untuk setiap tempat duduk.

Menerusi penambahan itu, Malaysia Airlines menawarkan 19 penerbangan terus antara Malaysia dan Taiwan, dengan 12 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur dan tujuh penerbangan seminggu dari Kota Kinabalu, katanya.

Syarikat itu juga berkata penerbangan baharu itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.35 pagi Isnin dan tiba di Taipei pada 5.20 pagi hari yang sama. Penerbangan balik berlepas dari Taipei pada 6.40 pagi Isnin dan tiba di Kuala Lumpur pada 11.40 pagi hari yang sama.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");