Jenayah

Mayat 2 lelaki ditemui dalam kereta

crimeJOHOR BAHRU – Dua lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta berhampiran susur keluar Plaza Tol Senai Utara, dekat Kulaijaya, hari ini.

Mayat S.Visvanathan, 48, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan M.Kalaiselvan Mudaliar, 38, dari Kuala Lumpur, ditemui dalam kereta Perodua Myvi berwarna merah pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mereka, dipercayai akibat dipukul.

“Mayat Visvanathan ditemui di kerusi penumpang depan manakala mayat Kalaiselvan Mudaliar ditemui pada kerusi belakang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkefly berkata polis percaya mereka diserang di kawasan lain sebelum mayat bersama kenderaan yang didaftar atas nama seorang individu beralamat di Seremban itu ditinggalkan kira-kira 300 meter dari plaza tol berkenaan.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat, katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");