Sukan Hari Ini

Maziyaton Radzi sandaran emas Sukan Sea

naim

PELUMBA skuad elit wanita negara dalam acara basikal bukit (MTB), Maziyaton Radzi, dilihat antara prospek penyumbang pingat emas kepada kontinjen negara pada Sukan Sea Myanmar 2013, Disember ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, acara basikal bukit mampu meraih sekurang-kurangnya satu emas.

“Saya optimis yang Maziyaton mampu melakukan kejutan pada temasya dwitahunan itu nanti, walaupun sebelum ini kita (PKBM) menyenaraikan dua sasaran pingat emas dari acara lebuh raya.

“Jika benar Maziyaton berjaya meraih emas, itu dianggap suatu bonus kepada pasukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, baru-baru ini.

PKBM dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan pelumba ke Sukan Sea yang dipengerusikan oleh, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab meletakkan sasaran membawa pulang dua pingat emas dari acara lebuh raya dalam kategori pelumba individu dan juga berpasukan.

Sembilan pelumba yang terpilih bagi membawa cabaran negara  itu nanti ialah Mohd Fauzan Ahmad Lufti, Mohamad Rauf Nur Misbah, Mohd Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd Shahrul Mat Amin, Loh Sea Keong, Muhamad Saufi Mat Senan, Mohd Zamri Salleh dan Nik Mohd Azwan Zulkifli.

Sementara skuad elit wanita pula menyandarkan harapan di bahu Nusyazwana Jamil, Grace Phang Cing Zhen, Nurul Suhada Zainal, Mariana Mohammad dan Carolline George.

Manakala cabaran negara dalam kategori MTB lelaki akan digalas oleh Shahrin Amir, Mohd Zulhafiz Saifudin, Shahril Aizat Nazali dan Mohd Harif Jamaludin.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");