Berita Hari Ini

Melaka ‘Bangkit’ Kembali Projek Jambatan Merentasi Selat Melaka

straits_of_malacca_bridge_540_407_100

MELAKA: Kerajaan Melaka telah membangkitkan kembali projek pembinaan jambatan kontroversi Melaka-Dumai, Indonesia, sepanjang 48.69km, sebuah projek jambatan merentasi Selat Melaka selepas tujuh tahun projek ini tidak lagi diperkatakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata perincian projek yang menghubungkan Teluk Gong di Melaka di Semenanjung ke pelabuhan Dumai, di Sumatera, akan didedahkan apabila semua mekanisme ditetapkan.

Jika dilaksanakan, jambatan ini akan menjadi laluan air paling sibuk bagi perkapalan antarabangsa, malah akan menjadi yang terpanjang di dunia, walaupun tidak termasuk lebuh raya sepanjang 71.2km yang akan dibina di antara Dumai dan Pulau Rupat, titik penyambungan yang paling dekat.

“Projek itu telah dibincangkan semasa Forum Ketua Menteri dan Gabenor (CMGF) ke-10 mengenai Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang diadakan di Koh Samui, Thailand, pada 12 September.

“Forum itu memberi perhatian terhadap potensi ekonomi dan kedudukan strategik IMT-GT dengan pembinaan Jambatan Melaka-Dumai,” kata Idris, Selasa.

Pandangan mengenai kajian kemungkinan pembinaan jambatan yang dijalankan oleh Strait of Malacca Partners Sdn Bhd telah diberikan pada mesyuarat itu.

Syarikat itu sebelum ini telah melantik Hunan Provincial Communi-cations Planning, Survey & Design Institute of China untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan kajian.

Idea untuk membina jambatan itu pertama kali dibangkitkan pada tahun 1995 untuk memupuk peluang ekonomi baharu, terutama dalam bidang perdagangan dan pelancongan di antara kedua-dua negara tetapi ‘berkubur’ semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Pada tahun 2006, ketua menteri ketika itu Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan kepentingan projek itu dengan mengatakan bahawa kerja-kerja asas telah bermula dan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan jambatan ini adalah teknikal.

Beliau juga mengumumkan bahawa Export-Import ( Exim ) Bank of China telah bersetuju untuk membiayai 85 peratus daripada jumlah kos pautan, yang dianggarkan RM44.3 bilion.

Cadangan itu telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi dengan perincian mengenai bagaimana jambatan itu akan merangsang aktiviti ekonomi antara semenanjung dan Sumatera.

Walau bagaimanapun, rancangan itu mendapat banyak bantahan kuat daripada pelbagai pihak, termasuk pencinta alam sekitar.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, ketika dihubungi berkata, beliau belum dimaklumkan mengenai rancangan untuk memulihkan projek tersebut.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");