Jenayah

Memiliki haiwan dilindungi

miliki haiwan dilindungi

KUANTAN – Helah seorang lelaki mengatakan ada seseorang sedang mandi di bilik air tidak menjadi apabila pegawai Perhilitan menemui beberapa ekor spesies hidupan liar yang dilindungi di rumahnya di Indera Mahkota semalam.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khiriah Mohd Sharif berkata, hasil kerjasama dengan anggota Worldlife Crime Unit (WCU) dan Perhilitan Kuala Lumpur di dua premis di Indera Mahkota di ini, mereka menjumpai spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam (Akta 686) telah merampas empat ekor kucing batu, dua ekor ungka tangan putih dan seekor disyaki lotong.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditangkap dan diikat jamin sebanyak RM3,000 dan kesemua haiwan liar tersebut masih tidak matang.

Khairiah berkata, kesalahan ini boleh dituduh di bawah seksyen 69 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau tidak melebihi 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, dalam operasi yang sama, kami berjaya merampas empat jenis spesies burung kakak tua dan spesies ini terjadual di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

“Dua ekor African Grey Parrot, seekor Ranbaow Lory, seekor Blue Streaked Lory dan dua ekor Crimson Rosella berjaya dirampas apabila pemilik gagal menunjukkan dokumen kebenaran dam lesen menyimpan,” katanya.

Kesalahan boleh dituduh di bawah seksyen 12 Akta Perdagangan Antarabangsa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi seratus ribu ringgit bagi setiap haiwan tetapi tidak boleh melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Lelaki tersebut yang telah diikat jamin oleh seorang penjamin akan dihadapkan ke mahkamah pada 29 November depan.

Khairiah berkata, kemungkinan haiwan ini akan dijual untuk pasaran dalam internet.

“Pihak kami akan jalankan pemantauan dari masa ke semasa untuk melindungi hidupan liar dan saya mahu menegaskan bahawa kesalahan yang dilakukan ini boleh menyebabkan mereka didenda dengan jumlah yang besar, atau dipenjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");