Jenayah

Mengaku buli rakan

buli rakan

BUKIT MERTAJAM – Tiga pelajar sekolah menengah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membuli rakan sekelas pada 4 Mac lalu.

Ketiga-tiga pelajar yang berusia 15 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Kamaliza Md Zin sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Pendakwaan dilakukan secara tertutup sebelum mahkamah menetapkan 28 November hadapan sebagai tarikh jatuh hukum.

Bagaimanapun, ketiga-tiganya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,500 seorang dan pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Mohamed Ali.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit dikatakan berang dan bertindak membelasah ketua tingkatan yang ingin membuat laporan kepada guru apabila mengetahui mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kejadian itu turut dirakam dan dimuat naik melalui laman sosial Facebook dan Youtube malah mendapat pelbagai komen negatif dari orang ramai.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");