Berita Hari Ini

Mesir-AS dalam krisis

MESIR

KAHERAH – MESIR. Hubungan antara Kaherah dan Washington berada dalam krisis susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menggantung penghantaran bantuan ketenteraan ke negara rantau Afrika Utara.

Menurut laporan AP, Menteri Luar Nabil Fahmy berkata, hubungan itu juga membahayakan kepentingan AS di Timur Tengah.

“Wujud ketegangan antara Mesir dan AS. Sesiapa menyangkal dakwaan ini, mereka sebenarnya bercakap bohong kepada negara antarabangsa,” katanya.

Minggu lalu, sebilangan diplomat mengkritik keputusan Washington mengurangkan bantuan ketenteraan dan ekonomi terhadap Kaherah.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Mesir, Badr Abdelatty berulang kali menyatakan pendirian bahawa Mesir tidak akan memberi tekanan kepada AS.

“Keputusan itu adalah salah. Mesir tidak berasa tertekan dengan tindakan AS dan usaha mendemokrasikan Mesir tetap diteruskan sejajar dengan pelan tindakan yang dirancang,“ katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");