Berita Hari Ini

Mesyuarat Asean Bersama Rakan Dialog Diteruskan Hari Ini

asean

BANDAR SERI BEGAWAN: Para pemimpin Asean dan rakan dialog mereka pada Khamis meneruskan rundingan atas pelbagai isu yang memberi tumpuan kepada jaminan bekalan makanan dan serantau serta menilai kemajuan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mempengerusikan Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga ke-16 pagi Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia pada perhimpunan dwitahunan itu.

Selepas mesyuarat Asean dengan China, Jepun dan Korea Selatan, 15 pemimpin itu kemudian meneruskannya dengan Sidang kemuncak Asia Timur ke-8 yang juga termasuk pemimpin dari Australia, India, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat.

Sidang kemuncak Asean-India ke-11 juga akan diadakan hari ini dengan Perdana Menteri Manmohan Singh mengetuai delegasi India.

Sebelum berlepas, Manmohan memberitahu media di New Delhi bahawa penglibatanIndia dengan Asean dan negara anggotanya adalah asas kepada Dasar Pandang Ke Timur negara yang telah berkembang menjadi perkongsian yang kukuh, menyeluruh dan pelbagai sejak tahun-tahun kebelakangan.

Brunei, yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak 2013 dengan tema “Our People, Our Future Together”, (Rakyat Kita, Masa Depan Kita Bersama) akan menyerahkan jawatan pengerusi 2014 kepada Myanmar pada akhir mesyuarat Khamis ini.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");